One More Chance
Sudah berapa hari aku terlantar di hospital ini? Sudah berapa hari juga aku tidak sedarkan diri? Mata, tolonglah buka. Tangan, tolonglah bergerak. Mulut, tolong keluarkan suara, supaya mereka di luar sana masih tahu bahawa aku masih lagi hidup. Aku tidak mahu mengakhiri jangka hayatku dalam keadaan begini.Ibu, ayah, abang dan juga Baekhyun. Aku sayang mereka semua. Tidak pernah terlintas untuk berpisah dengan mereka. Aku masih sayangkan mereka semua seperti mana mereka menyayangi aku selama ini.Ya Tuhan, aku bermohon padaMu agar memberikan aku peluang untuk hidup supaya dapat membalas jasa mereka semua yang pernah berjasa kepadaku. Aku juga ingin meluahkan segala rasa sayangku kepada mereka. Tolonglah beri aku peluang sekali lagi… Aku mengenalinya ketika aku menumpangkan dia untuk pulang ke rumah. Berdebar juga apabila aku berbual dengannya. Suka mungkin? Haha... Tetapi, lama-kelamaan dia pergi meninggalkan aku. Aku tak tahu apa silap aku. Aku harap dia kembali padaku satu hari nanti - Byun Baekhyun, 23 Akhirnya aku dapat juga bertemu dengan lelaki yang aku minati sejak dulu. Dia seorang yang peramah, mempunyai rupa paras yang kacak, senang cerita dia menepati citarasaku. Tetapi kenapa aku tidak berpeluang untuk bersama dengannya dengan lebih lama? Aku tahu aku salah, jadi berilah peluang untuk aku membetulkan kesalahanku - Oh Sena, 21 Sejak belakangan ini, badanku rasa tidak sedap. Apa yang terjadi? Setiap kali bertemu dengannya, aku akan hilang deria rasa. Adakah aku atau dia telah disumpah? - Kim Taeyeon, 22 Kenapa aku yang bertugas untuk menjaga dia? Apa kaitan dia dengan diriku sampaikan aku terpaksa menjadi abang kepadanya? Ini semua pasti ada jawapannya, aku mesti cari! - Kris Wu, 24 CREDIT TO:Paper Heart // Postershop // CLOSED (BATCH 8 - Finishing Requests) ForewordHaiiii, kali ni saya masuk contest lain pula, hehe... Saya harap awak semua sudi membacanya dan menyokong saya ^O^Tajuk : One More ChanceGenre : AngstTarikh Mula : 10 November 2014Tarikh Tamat : -Jumlah patah perkataan : -Khas untuk : | Fearless B! | A Malay One-shot ContestMarilah sertai beramai-ramai! =D