Refresh

This website personalshopper.top/read-86192-451983.html is currently offline. Cloudflare's Always Online™ shows a snapshot of this web page from the Internet Archive's Wayback Machine. To check for the live version, click Refresh.

~002~ (1/1)

I AM LEE CHUNJI ArmyGirls 20550K 2023-11-03

PPANGG !!Jari panjang kepunyaan gadis yang berambut panjang itu menampar pipi comel Chunji. Chunji tersenyum mengejek. Dia tahu apa akan berlaku dan dia tahu apa yang perlu dijawabnya.    "Kita putus." Kata gadis itu.   "Kita pernah bercinta ke?" Balas Chunji. Dia memeluk tubuh dan bersandar. Mukanya biasa saja.    Membutang mata perempuan itu. Lidahnya kelu.

"Aku cuma cakap 'Okay'. Aku tak cakap pun yang aku nak bercinta dengan kau. Tak ada kan ?"  Suara Chunji mendatar.   "Dasar buaya darat ! Kau bodoh Chunji ! " Perempuan dihadapannya melemparkan kata-kata yang mungkin akan membuatkannya rasa sakit hati sebentar lagi..    "Kalau kau dah tahu aku buaya, kenapa kau dekati aku ? Sekarang, siapa bodoh ? Aku ke kau ?" Chunji tersenyum sinis.    Dia berlalu begitu saja, manakala perempuan tadi sudah menghentak-hentakkan kakinya tanda tidak puas hati.   Jangan main-main dengan Chunji ~~        "Kurang ajo kau perempuan. Tampar aku punya la kuat. Laki ke perempuan ? Jantan ke betina ? Pondan ke tomboy ? Kalau aku bukan laki, aku cekik-cekik kau sampai mati. Oh no ! my precious cheek. Harini nasib kau baik perempuan kalau tak, jari tu aku siat-siat buat kari jjajangmyeon ! Si'l kau !"    Chunji melihat dirinya di cermin. Balik dari sekolah, terus dia ke cermin untuk melihat pipinya ditampar tadi. Sambil membebel, dia juga menendang katil yang tidak bersalah dan membuatkan kakinya sakit. Chunji . Chunji .. Siapa yang bodoh sekarang ?    "Mak Nyah mana pula yang kau ngorat Chunji oii. Omma penat la nak layan minah minah yang gedik tu. Datang rumah aja buat baik belakang macam hak tuihh !!"   Omma Chunji menggeleng-gelengkan kepalanya melihat anak perangai tunggalnya. Dia sendiri juga banyak kali sudah dipanggil ke sekolah kerana anaknya.    "Nasib omma tak macam Mak Nyah tu kann ??~~"    Chunji berjalan mendekati ommanay yang sedang mengutip baju-baju yang kotor lalu, tangan gatal Chunji menampar perlahan punggung ommanya. Memang tak bermoral betul budak ni.   "Ehh budak ni ! "    Omma Chunji melatah. Dia sudah bersedia mahu memukul Chunji menggunakan baju kotor Chunji yang dipeganganya. Chunji keluar dari bilik dan berlari mengelilingi meja bulat di ruang tamu. Omma Chunji mengejar Chunji.    "Wu Wu ~ Omma, laju la sikit... aa ~!!"    Chunji mengejek ommanya dan dalam masa yang sama mendapat balasan. Telinganya ditarik ke atas  "Pandai ya mempermainkan orang tua ? Malam ni urut kaki omma. Habis kejang kaki omma kejar kamu. "  Omma Chunji mencubit manja perut anaknya yang kempis selepas tangannya yang satu lagi tadi melepaskan telinga Chunji.  "Iyolla . Bila appa nak balik ? Bosan la tak ada appa. Kalau ada appa boleh main game, boleh hang out dengan kawan, boleh ... boleh .. boleh.. "  Chunji kehabisan idea. Tiitt ~ Battery low .   "Boleh buat omma pening kepalakan ?"   Omma Chunji menyambung. Tahu sangat dengan perangai Chunji. Suaminya dan Chunji kalau bergabung, boleh jadi bengong 4 hari 4 jam !  "Hekhek.. Pandai omma. Tapi puteramu yang kacak ini tidak berniat sebegitu wahai ibunda yang tercintoss~"   Ikan bakar untuk makan malam dicubit oleh Chunji dan dimakannya. Padahal jam menunjukkan 5.45 petang. Tak senonoh betul kau ni Chunji.  "Kau belajar mana pula Tercintoss ni ? Omma hantar kamu pergi sekolah itu yang kamu belajar ?"   Omma Chunji sengaja membebel suapaya suasana tidak senyap sementara dia sedang membasuh beras untuk makan malam.  " Neoui mal hanmadiga naega himi dwaetdean ddae.."   Chunji menyanyi lagu potongan lirik  PROMISE - EXO  yang bermaksud ' When you words became such strenght to me ' lalu mencium pipi ommanya seperti yang selalu dia buat.  "Eii.. bau ikan la Chunji oii..."   Omma Chunji seakan-akan marah, tapi sebenarnya dia gembira apabila anaknya berbuat begitu. Dia berharap yang anaknya akan menjadi seorang idol seperti EXO, SUPER JUNIOR , TVXQ , JYJ , CNBLUE, FT ISLAND dan ramai lagi. Dia pasti akan menyokong anaknya di khalayak peminat. Dia pasti akan berbangga dengan kejayaan yang diperoleh oleh anaknya.   "gakkeum i muneul dadgo nan saenggake ppajyeo, madae wi nae moseubeul  sangsanghagon haesseo..."  Chunji menghiraukan apa yang diperkatakan oleh ibunya. Dia terus bernyanyi. Baginya, lagu itu sangat bermakna dan itulah salah satu lagu kegemarannya.  "Satureun nae maseubdo johahaejun neoyoetjiman, gwabunhan geu sarangeul badado dweneunji..."   Chunji melangkah masuk ke dalam biliknya. Dia sudah hanyut dalam lagu itu. Ommanya juga turut menyanyi tapi, perlahan saja. Omma Chunji pernah menjadi artis satu masa dahulu, tapi atuk Chunji menghalang dan akibatnya omma Chunji pernah mencuba bunuh diri. Mujurlah, ayah Chunji muncul seperti hero menyelamatkan omma Chunji. Begitu dramatis kisah hidup omma Chunji !            Sorry late update ^^ baru lepas exam. Pls comment+bagi pendapat. Kalau ada salah boleh tegur.