[M] ღ Chapter 3 ღ (1/2)

"Apa yang noona nak bincang ?" Sehun bersuara sambil membetulkan kedudukan tempat duduknya.

"Noona bukan nak sedihkan korang tau. Hanri, dia sayang korang.. Tapi sebagai kawan je." Yoona berkata.

"Oh, jadi.. Kitorang berdua tak ada harapan ?" Kai bertanya setelah mendengar kata-kata Yoona.

"Mungkin. Tapi tak tahulah kan, kalau tiba-tiba dia boleh terima salah sorang." Yoona mengangkat bahunya.

"Tapi, noona.. Lepas apa saya buat dekat Hanri.. Dia maafkan saya ke ?" Kai bertanya, risau Hanri tidak memaafkannya. Yoona tergelak.

"Dia pun terkejut jugak dengan apa Kai buat. Tapi dia maafkan Kai. Jangan risau." Yoona senyum.

"Oh, so.. Lepas ni, Hanri kawan dengan kitorang macam biasalah ?" Sehun mulai gembira.

"Of course ! Tapi, lepas ni, korang kenalah buat macam tak ada apa-apa berlaku semalam." Yoona mengingatkan Kai dan Sehun.

"Nae !" serentak Kai dan Sehun membalas. Mereka saling berpandangan.

"Eh jap ! Korang bergaduh eh ?" Yoona pelik melihat aksi mereka yang seperti sedang bermusuhan. Kai dan Sehun senyap tidak membalas.

"Wahh, hebat jugak eh adik noona ni ? Dua orang namja bergaduh sebab dia !" Yoona tersenyum bangga.

"M-mana ada gaduh." Sehun gagap kerana dia sedang bercakap perkara yang tidak betul.

"Yelah tu. Jangan gaduh-gaduh eh~ Okay bye ! Hanri tunggu tu." Yoona berdiri. Sudah pasti Hanri tidak sabar-sabar ingin tahu.Yoona berjalan menuju ke kereta. Kai dan Sehun pun berdiri. Sehun berjalan di sebelah Kai."Kau jangan fikir kau boleh dapat Han Ri." Sehun memperingatkan Kai sambil berjalan di sebelah Kai.

"Kau pun !" Kai menjerit apabila jaraknya dan Sehun sudah jauh. Sehun memandang Kai dan menjeling. ♋♋♋♋♋[Seoul International High School]Hanri memasuki kelas dan duduk di tempatnya. Dia gembira kerana hari ini keadaan akan kembali menjadi seperti biasa. Naeun, kawan Hanri menegur Hanri yang kelihatan sangat sangat gembira."Han Ri, apasal kau happy sangat ni ?" Naeun bertanya sambil membetulkan rambutnya yang terjatuh di depan mukanya.

"Well, hari ini aku boleh kawan dengan Sehun dan Kai macam biasa !" Hanri berkata sambil membuat eyesmile.

"Oh.." Naeun mengangguk. Naeun sudah tahu akan perkara yang berlaku antara Hanri, Kai dan Sehun.

"Eh tapi kan. Pasal Kai cium kau tu.... Apa perasaan kau ? Kau rasa apa ?" Lagi sekali Naeun bersuara, rasa ingin tahunya tiba tiba datang.

"Ish kau ni ! Ke situ pulak kau tanya." pipi Hanri mulai merah meningatkan kembali perkara itu.

"Hehe, blushing.. Alah please laa.. Aku nak sangat tahu." Naeun memujuk Hanri dengan muka comelnya.

"Erm.. Entahlah.." Hanri sengaja mempermainkan Naeun.

"Betul betullah, Hanri !" Naeun jerit. Hanri menutup telinganya.

"Okay okay.. Urm, rasa apa eh ? Rasa bestlah !" Hanri sendiri tidak tahu.

"Kau suka eh Kai cium kau ?" Naeun tersenyum jahat.

"Tak lah ! Mana ada ! Dah kau tanya, aku cakaplah." Hanri mencebik.

"Hehe, maksud aku, bibir tu. Rasa apa ?" Naeun kembali bertanya.

"Kau ni apesal Dirty Minded sangat." Hanri membuat muka annoying melihat kawannya itu. Naeun tersenyum sinis.

"Inilah kawan kau yang kau kawan selama ni. Dirty Minded." Naeun mengaku dirinya adalah sebegitu.

"Rasa ... Macam mana nak cakap eh.. Rasa suam je. Maksud aku, panas je. Sedap lah rasa tu!" Hanri cuba memberitahu, susah untuk diterangkan.

"Oh.. Untunglah kau dapat rasa..  Aku ni, puihh!" Naeun membuat aksi meludah.