3. (1/1)

Heart Jeon-writer 6230K 2023-11-02

Ding deng dong deng.Jade mengeliat sepuasnya sambil membunyikan jari-jemarinya. Eunwoo turut mengikut perbuatan Jade. Laju betul cikgu Tiffany mengajar. Nasib baik sempat kejar. Tengok nota sikit. Jade mengangkat nota dan memerhatikannya. Hmm…tulisan cakar ayam.. Tak apa aku je yang nak paham.“Baiklah, kelas dah tamat untuk hari ini. Memandangkan hari ini hari pertama kamu disekolah ini, maka kamu dibenarkan pulang selepas tamat sesi pertama . Sesi kedua kelas kamu bermula esok.”Pengumuman daripada cikgu Tiffany membuatkan semua pelajar di dalam kelas tersebut bersorak kegembiraan. Mereka terus mengemas barang mereka dan bersiap –sedia untuk pulang. Ada yang telah keluar dari kelas dan terus pulang ke rumah. Ada juga yang masih berada di kelas. Mungkin mengambil masa untuk bersiar-siar di sekeliling kawasan sekolah. Jade juga turut mengemas alat tulisnya dan memaskukkannya ke dalam beg dan menggalasnya. Dalam fikirannya, hanya ada katil. Dia mahu tidur sesudah sampai ke rumahnya memandangkan semalam dia tidur lambat kerana leka bermain game online.“Jade, tunggu,”Langkahnya terhenti. Apa lagi mamat tu nak dari aku ni..hishh.. Jade memusing badannya kearah suara tersebut. Dia melihat Eunwoo tergopoh – gapah menolak kerusi ke bawah mejanya. Dia memandang Eunwoo yang semakin menghampirinya.“awak nak pergi mana lepas ni?”“saya nak balik rumah la, mana lagi,”“jom, saya hantar awak balik,”Aku tak salah dengar kan? Betul kan? Jade memanda