[R] (1/1)
“Hoho balik kampung hati garing, hoho balik kampung hati garing,” Tao menyanyikan lagu Balik Kampung yang asalnya dinyayikan oleh Sudirman itu. Tapi nyanyian Tao sudah menjadi macam sudipman. “Eissh! Hyung, tengok Tao ni bisinglah, Sehun nak tidur pun tak dapat, dah lah nyanyi lagu lirik salah,” rengus Sehun sambil menutup kedua belah telinganya dengan bantal yang dibawanya. Mereka semua menaiki MPV jenis Toyota Alphard menuju ke rumah Atok dan Nenek mereka di Kelantan. Dah hampir 2 jam perjalanan semua tertidur, kesian Kris yang tengah memandu. Suho di sebelah Kris tidak dapat melelapkan matanya kerana dia takut kalau Kris salah jalan, memandu melebihi had laju dan mungkin macam-macam lagi benda yang tak terduga akan dibuat oleh Encik Wu YiFan ni. “Alah,biarkanlah Tao menyanyi. Korang ni bosanlah, tidur aje,” rungut Suho yang sedang kebosonan. “Hohoho, Suho balik kampung kena kempung, hohoho Suho balik kampung kena kempung, ( ikut rentak lagu balik kampung)” nyanyi Kris dengan riang sekali. “Yah! Sejak bila lagu tu jadi nama aku pula?” marah Suho. “Sejak ada hohoho dekat lirik tu,” jawab Kris sambil ber’hohoho’. “Hyung, drive tu tengok jalanlah,” tempik Baekhyun yang sudah lama tersedar dair tidur. Mujurlah Kris dapat mengelak daripada bertembung dengan Lori kayu balak, kalau tak memang tak balik berayalah diorang semua. Balik beraya di alam barzarkh. Disebabkan tempikan Baekhyun semua sudah tersedar dari tidur. “Kris gege, lepas ni suruh Luhan lah pula yang drive, dia pro sikit,” kata Chen. Luhan, Chen, Sehun dan Tao duduk di belakang sekali, manakala Baekhyun, Kai, Xiumin dan Chanyeol berada di depan. Kerana mereka semua sudah tersedar dari tidur, apa lagi aktiviti yang menarik selain berkaraoke. “Hohohoho, balik kampung hati girang, hohoho balik kampung hati girang…” mereka semua menyanyi lagu itu dengan serentak. “Woi!! Boleh diam tak! Aku nak tidolah!” untuk pertama kalinya seumur hidup mereka mendengar Sehun menempik ,menjerit dan mengelepar di dalam kereta itu seperti orang yang terkena histeria. “Astagfirullah, Sehun bertenang kamu dah terkena histeria ke ni?” kata Chen sambil memegang kedua belah bahu Sehun. Tao sememangnya takut mendengar perkataan ‘histeria’, kebetulan dia duduk di sebelah Sehun itu terus memeluk leher Chanyeol yang berada di depannya. Naik lemas Chanyeol di buatnya. “Tao, Tao takut…huhuhu atok , nenek, Tao takut kena histeria berjangkit dengan Sehun.”Tao yang sudah menangis teresak-esak itu masih lagi memeluk leher Chanyeol dengan kemas. Chanyeol yang hampir kelemasan akibat pelukan Tao it uterus menggelepur di dalam van itu dan tanpa sengaja dia tersepak kusyen di depannya iaitu tempat Kris sedang memandu. Kris yang terkejut akibat tendangan daripada Chanyeol itu terus menjerit dan terlepas stereng van, akibatnya van itu hilang kawalan. “AHHHHHHHHHHHH,” serentak Suho dan Kris menjerit kekalutan di dalam van itu. Manakala yang lain sudah bersedia untuk meninggalkan dunia yang sementara ini. Baekhyun dan Lay sudah beberapa kali mengucap dua khalimah syahadat. “Aku tak nak mati, aku belum kawin lagi!” jerit Luhan dengan overnya sehingga keluar suara perempuannya. Tao masih lagi merangkul leher Chanyeol dengan begitu erat sehingga Chanyeol rasa dia boleh meninggal dunia disebabkan oleh Tao bukan disebabkan nahas jalan raya. Mujurlah refleksi Suho sangat pantas ketika itu, dia terus mengawal stereng van itu sambil menjerit “ Kris, tekan brek~~~~~.” Kris segera menekan brek dan nasib mereka sangat baik apabila van itu berhenti di tepi bahu jalan. “Arhhh, van berasap…” jerit D.O dan mereka semua terjerit-jerit sambil keluar dari van itu. “Lolololo…” Lay dan Chen sempat lagi membuat ‘lololo’ mereka. Chanyeol dan Tao masih lagi dalam van kerana Chanyeol tak dapat keluar akibat Tao. “TAO! AKU NAK KELUAR, LEPASKAN LEHER AKU!” jerit Chanyeol sepenuh hati sambil mengelepar di dalam van itu. “Masya-Allah,” kata Lay apabila melihat van itu bergoyang-goyang akibat Tao dan Chanyeol. “Astagfirullah, apa yang mereka berdua buat dalam itu,” kata Xiumin yang sudah fikir bukan-bukan. “Yah! Kalau nak fikir benda mengarut pun agak-agaklah tengah hari bulan posa ini. Dah lah jelas depan mata kau lagi yang Chanyeol tengah struggle nak keluar dari van itu.” nasihat Suho yang bunyi macam membebel. Akhirnya Tao dan Chanyeol dapat keluar daripada van tersebut. “Kenapa ni hyung?” tanya Chen kepada Kris apabila Kris sedang membuka bumper van itu. “Entahlah hyung mana tahu, kalau pandai pandai nanti jadi seperti Sehun memasak nasilah,” kata Kris dengan pepatah yang direka bagi menyakitkan hati Sehun. Disebabkan hysteria dia, semua menejrit kekalutan tadi. Sehun Oh Sehun, kenapa engaku begini. “Hyung rasa baik kita call mekanik sekarang kalau lambat bimbang sampai lewat dekat rumah atok,” ujar Luhan dan segera menelefon mekanik kereta. “Kita kat mana ni?” tanya Kai. “Lebuh Raya Karak,” jawab D.O. Tao yang mendengar perkataan Lebuh Raya Karak itu terus memeluk semula leher Chanyeol dengan lebih erat. Maklumlah Lebuh Raya Karak kan memang terkenal dengan kisah seram yang tidak dapat dielakkan lagi. “Yah! Peluklah orang lain,” marah Chanyeol dan cuba melepaskan pelukan Tao malangnya Tao tersepak kaki Chanyeol dan kedua-duanya jatuh bergolek-golek sambil berpelukan kea rah longkang yang sangat dalam yang berada di tepi bahu jalan itu. “TAO! Macam mana kita nak keluar dari sini ni,” tempik Chanyeol. Suho dan yang lain terus menjenguk ke bawah kerana longkang itu sangat dalam. “Bertenang, nanti hyung telefon bomba,” kata Suho. Chen yang sengajanya ingin menakutkan Tao terus mengajak Lay berbual di tepi longkang itu. “Gege, tahu tak tentang banyak cerita yang berlaku dekat lebuh raya Karak ni?” tanya Chen kepada Lay, Lay hanya menggelengkan kepala sahaja. “Chen pernah dengar kawan-kawan Chen cerita, banyak sangat. Dulu masa lebuh raya Karak ini mula mula buka ada satu kemalangan yang sangat ngeri. Rasanya ada sebuah bas kemalangan dekat sini dan hampir 17 orang maut. Nak dijadikan cerita sautu hari, pemandu bas menumpangkan ramai penumpang, dan macam biasalah konduktor bus akan datang dan kutip duit. Selepas melalui hutan tiba-tiba semua penumpang minta turunkan mereka disitu. Selepas penumpang itu turun konduktor bas tersebut baru perasan yang itu bukan duit tapi daun, malangnya semua penumpang sudah hilang,”Chen bercerita dengan nada yang sedikit seram. Lay masih lagi dengan blurnya menghadam cerita itu, nampak macam tak seram langsung bagi dia. Datangnya pula si Kai menambah perencah perasa untuk menakutkan Tao, tetapi cerita mereka itu mereka dapatkan dari sumber encik Google. “Dulu ada orang kata kalau melalui Lebuh Raya Karak ini waktu malam jika terjumpa dengan sebuah kereta Volkswagen yang berwarna kuning jangan lintas nanti perkara buruk akan berlaku. Malangnya kereta ini memandu dengan perlahan sekali dalam 20km/j, jadi ada seorang pemandu ini sangat geram dan menelefon Dj radio Era bagi memaklumkan perkara tersebut. Jadi DJ era itu bertanyalah anda nampak tak siapa yang memandu Volkswagen kuning itu, dia kata tak nampak sebab dia lah pemandu kereta itu, tanpa menunggu lama talian dimatikan,” ujar Kai dan dia sendiri sudah rasa meremang bulu roma. Walaupun sekarang ini ialah siang hari, takut juga dia kalau ada benda –benda lain yang dengar. Tao yang mendengar cerita dari Kai dan Chen itu terus terkencing di dalam seluar akibat terlalu takut. “TAO! APSAL KAU KENCING DALAM SELUAR?” tanya Chanyeol sambil menjerit. Chen sudah tergelak di atas sana, gembira sungguh dia. “Hyung, Tao takut. Macam mana kalau mereka datang dekat kita..huhuhu,” sekali lagi Tao menangis. “Jangan mengarutlah sekarang tengah hari buta, takkanlah benda itu nak datang!” Sementara itu, yang lain tengah menunggu mekanik datang sambil membuat kerja gila yang tak pernah sudah. Baekhyun yang sudah kebosanan itu mengambil tasbih dan terus duduk bersila di tengah jalan raya itu sambil berzikir, bertasmid dan bertahlil. “Subhanallah, Alhamdullilah…” “Yah! Baekhyun kau datang balik sini, jangan nak suruh aku buat majlis Tahlil pula di tengah tengah jalan raya ni,” tempik Xiumin. Apalah Baekhyun ni, aku suruh tunggu kereta mekanik sempat pula dia nak bertasbih di tengah jalan raya. Tak payah tunjuk warak dekat sinilah, bebel Xiumin dalam hatinya yang tengah panas mendidih ibarat cuaca di waktu itu. Suho hanya mampu mengelengkan kepala sahaja melihat gelagat mereka semua yang entah apa-apa itu. Sehun sudah lama tertidur di tepi jalan itu dengan berbantalkan bantal busuk yang dibawanya dari rumah. Hairan dia, memang Sehun ni spesis yang boleh tidur di mana-mana sahaja ka? Setelah lama menunggu, akhirnya bomba dan mekanik sampai juga. Tao dengna Chanyeol dapat diselamatkan menggunakan kren, buat malu aje orang tengok! Van itu pula dapat dibaiki dan mereka akhirnya dapat menyambung perjalanan balik ke kampung mereka dengan lebih selamat lagi. harap-haraplah. “Hyung, biar Luhan yang drive, hyung drive macam hantu aje,” bentak Kai, dia sudah takut kalau Kris yang memandu van itu semula. Luhan sudah tersimpul malu apabila Kai dengan bangganya menyuruh dia drive, rasa dirinya dihargai. “Dah lah tu bergaduhnya, sakit kepala hyung melihat kamu semua ni,” kata Suho dan dia segera duduk di belakang bersama dengan Tao yang masih lagi menangis. Mereka semua mula mengambil tempat duduk di dalam Van itu, manakala Kris dan Luhan sudah terkebil-kebil kerana mereka yang terpaksa duduk di hadapan sekali. Luhan mula menghidupkan enjin Van itu dan memecut dengan segera. Mereka semua takut terlewat sampai di rumah Atok dan Nenek mereka. Harap sampai sebelum berbuka. ________________________________________________________________________