My Name Is Mrs. Byun
Ibubapa Baekhyun mahu mendaftarkan anak mereka ke sekolah berasrama penuh lelaki berprestasi tinggi kerana reputasi sekolah tingginya yang teruk. Baekhyun menentang sepenuhnya kerana dia tidak mahu meninggalkan sahabat-sahabat dan si ‘Cotton Candy’nya. Dalam kes Yoobi pula, dia menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Cina bernama Yixing. Walaubagaimanapun, keluarganya tidak merestui hubungan mereka. Untuk mengelakkan Yoobi dilarikan ke China kerana anak gadisnya sudah lama menamatkan pengajian di sekolah tinggi, keluarganya bertekad untuk mengahwinkan Yoobi dengan anak lelaki kepada sahabat mereka. Byun Baekhyun merupakan pelajar senior di Sekolah Tinggi Chuncheon. Lelaki berumur 18 tahun ini sangat terkenal disekolahnya kerana sifatnya yang peramah dan terbuka. Ramai perempuan yang meluahkan perasaan kepadanya tetapi dia akan tetap setia kepada ‘Cotton Candy’nya, walaupun gadis itu belum tahu tentang perasaannya. Titik. Oh Yoobi merupakan kakak kepada Oh Sehun. Yoobi selalu bertekak dengan sahabat-sahabat adiknya, terutamanya Baekhyun dan Chen. Dia sangat menyayangi Yixing, walaupun lelaki itu berbangsa cina. Dia tidak akan sesekali bersetuju dengan idea ibu bapanya untuk mengahwinkannya dengan anak lelaki kepada sahabat mereka. Noktah. Setiap kali bergaduh, Yoobi akan memanggil Baekhyun keturunan Gollum kelapan Belas.Setiap kali Yoobi memanggilnya keturunan Gollum kelapan belas, Baekhyun akan meniru gaya Gollum sebelum menggugut untuk meracun ikan emas kesayangan Yoobi. “Eih, dalam banyak-banyak manusia kenapa kau suka ching chong?” tanya Baekhyun sambil memerhatikan gadis yang tua dua tahun daripadanya itu. “Kalau aku suka ching chong pun apa kaitan dengan kau?!” Yoobi memandang tajam ke arah Baekhyun. Lelaki itu memang suka menyakitkan hatinya. “Sebab…” Baekhyun teragak-agak lalu tertunduk malu. “Apa?! Cakaplah!!” cabar Yoobi sambil bercekak pinggang. “Sebab aku…aku.. aku suka…” Baekhyun bermain-main dengan jari-jemarinya, masih menunduk. Dia tidak mahu menatap mata Yoobi. “Baekhyun… “ pipi Yoobi mula merah kerana malu. Dia rasa dia tahu apa yang Baekhyun ingin sampaikan. Dia turut tertunduk malu. “Aku suka cari pasal dengan kau!! Wuu~” Baekhyun menunjal kepala Yoobi yang menunduk itu lalu ketawa besar. Yoobi selalu mempercayai lakonannya. “Dasar keturunan Gollum kelapan belas!!” Yoobi mula geram kerana dipermainkan. Baekhyun ketawa lagi apabila dipanggil sebegitu. “My precious~” Baekhyun menjelirkan lidahnya kearah Yoobi lalu duduk bercangkung seperti Gollum. Yoobi hanya mampu bersabar sebelum bergerak ke arah mangkuk kaca di mana Momo sedang berenang riang. Dia harus melindungi Momo daripada ancaman keturunan Gollum kelapan belas. Title: My Name Is Mrs. ByunGenre: Romcom, FluffCharacters: Baekhyun, Yoobi, Unicorn dan Gula-gula Kapas.Date started: 10 July 2014Date ended: — Authors note:Akhirnya aku kembali berkolaborasi dengan Baekubi!! Tapi aku takkan update cerita ni selagi aku tak siapkan cerita lain. Banyak gila gif dorang!! Comel!! Kepada pembaca Cinta Monyet, sila formatkan kepala anda. Memori anda akan dipenuhi dengan keosheman Baekubi untuk kali kedua. Be prepared! Subcribe, upvote dan komen :) Trigger WarningPenghidap kencing manis dicadangkan untuk mengurangkan pengambilan gula dan penghidap asma pula digalakkan untuk memegang inhaler sepanjang mengikuti cerita ini. Kepada penghidap lemah jantung, sila mengucap awal-awal.Mesej khas untuk penciplak: sila pusing ke belakang dan lalu lorong kiri untuk menuju ke neraka Semoga berkekalan di sana :) ©2014 angelily95